Wednesday, November 5, 2014

Aku vs Endometriosis ------> Bhg 3

Sambungan...

Aku tak ingat bila  tarikhnya  aku pertama kali jumpa Dr Marsitah Mansor.. Asal pertemuan sebab tak dapat jumpa Dr Hamid Arshat.. So that's our first consultation. Kat situlah baru aku betul betul faham apa sebenarnya endometriosis dan  kesannya dan salah satu kesannya yang menyebabkan  stress aku melonjak naik.. MANDUL... . Sekarang ni kalau search endometriosis memang akan keluar pelbagai info  pasal penyakit ni. Dr Marsita explain detail pasal ni. Then baru aku tahu..woooooo....serius  and endo aku 'kategori fast growth'. Bayangkan tak sampai setahun aku bedah buang endo dengan Dr Hamid ,dah naik 2.8 cm....dan aku pulak retroverted uterus,, Apa tu.??...Rahim terbalik,... Maknanya rahim kat belakang..kalau ikut normal di hadapan tapi aku punya condong nun jauh ke belakang lawan  graviti ... Kalau dah macam tu macam mana sperma nak jalan.. Aku dah terfikir...dah macam daki gunung la pulak... Then baru aku teringat Dr Hamid memang ada cakap pasal ni tapi aku dengar dalam keadaan 'clueless'dan sekarang baru aku faham apa kaitannya dengan endometriosis ........... Apa nak buat ni... Endo aku  dalam ovari (endometriotik cyst)..semakin hari semakin besar dan dia dah mula kacau pertumbuhan ovum aku... Dr kata, akan sampai satu masa  endo aku akan lenyek ovum aku.. hah itu bahasa nak bagi senang faham . Dr bagi persamaan 

       Ovum Akan kecik bila Endo semakin besar. Ovum kecik.. Tak bagus.... Tak capai spec untuk         persenyawaan...

Dua masalah, retoverted uterus and endometriotic cyst. Dengan retroverted uterus memangkinkan lagi pertumbuhan endo aku sebab bila masa period,  dinding endemotrium yang sememangnya sudah ada di belakang rahim akan menebal dan darah akan semakin berkumpul di belakang rahim membesarkan lagi endo aku...

So doc...what should I do?...


gambar ihsan dari pingbusuk.org

No comments: